Video 5 Kesalahan Bisnes Online dari Rumah

6 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pihak PEDi Spaoh telah menyediakan beberapa video untuk usahawan-usahawan di Spaoh. Salah satu video yang dihasilkan adalah “5 Kesalahan Bisnes Online dari Rumah.”. Video yang berdurasi 4 minit tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada usahawan baru kesalahan-kesalahan yang acap kali dilakukan semasa berniaga dari rumah. Video tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Tiktok, Facebook dan Instagram.

Kini, semakin ramai memilih untuk melakukan bisnes online dari rumah. Ini berikutan keadaan ekonomi yang terjejas dan peningkatan kos sara hidup sebelum mahupun selepas pandemik. Kelebihan bisnes online dari rumah adalah usahawan hanya perlu mempunyai internet pantas, komputer riba atau telefon bimbit dan tidak perlu susah-susah buka kedai di luar. Namun begitu, peniaga online dari rumah juga mempunyai cabaran dan halangan tersendiri. Ini kerana peningkatan luar biasa dalam bidang ini bukan melibatkan suri rumah sahaja, tetapi juga pelajar, penganggur, peniaga terjejas mahupun mereka yang sudah ada kerjaya. Oleh hal yang demikian, bidang ini memerlukan strategi yang betul untuk meningkatkan lagi perniagaan yang dilakukan.

Antara 5 kesalahan bisnes online dari rumah ialah:

Pihak PEDi Spaoh berharap pendedahan sebegini diharap dapat membantu untuk meningkatkan lagi bisnes para usahawan di sekitar Spaoh. Setiap perniagaan yang diadakan mampu membawa keuntungan sekiranya kita boleh mengelakkan diri dari melakukan kesalahan yang akan merugikan perniagaan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali