Pertandingan Cari Perkataan Edisi Merdeka

5 September 2022 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 4 September 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan pertandingan Cari Perkataan Edisi Merdeka. Pertandingan ini merupakan pertandingan keempat yang telah diadakan sempena Bulan Kemerdekaan 2022. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta sedikit sebanyak pengetahuan tentang kemerdekaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pertandingan tersebut memberikan peluang dan ruang untuk mereka berfikir tentang kemerdekaan dan pentingnya kita untuk menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.

Pertandingan Cari Perkataan Edisi Merdeka ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9 pagi sehingga pada pukul 11 pagi. Seramai 5 orang pelajar dari SK Spaoh mengikuti pertandingan tersebut. Terdapat 20 perkataan yang berkaitan dengan kemerdekaan yang perlu mereka cari. Seorang peserta perempuan telah memenangi pertandingan tersebut dengan mencatat masa selama 2 minit 40 saat.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya pertandingan sebegini dapat membantu para pelajar untuk tampil lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali