Microsoft Word (Surat Kiriman Rasmi)

5 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 4 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas bersemuka Microsoft Word Surat Kiriman Rasmi. Kelas tersebut dihadiri seramai 7 orang pelajar. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk memantapkan lagi ilmu Microsoft Word yang mereka belajar tempoh hari. Kelas tersebut diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengahari.

Antara aktiviti tambahan yang mereka lakukan adalah menaip sepucuk surat aduan jalan rosak. Selain mengetahui format-format surat kiriman rasmi, para pelajar dapat belajar untuk menaip. Walaupun mereka mengambil masa yang agak lama untuk menaip, tetapi mereka berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan sebelum pukul 12 tengahari.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas ICT sebegini mampu meningkatkan lagi ilmu ICT para pelajar. Aktiviti sebegini turut dapat memberikan peluang dan ruang untuk mereka belajar benda baru. Masa lapang mereka turut dapat di isi dengan perkara yang berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali