Tutorial Memuat Turun Video dari Youtube ke bentuk mp3

26 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 25 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah menyediakan video tutorial cara memuat naik video dari Youtube ke bentuk mp3.

Tujuan utama video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dan cara mudah untuk memuat turun video dari Youtube ke dalam bentuk mp3.

Antara pengisian video ialah memuat turun video dari Youtube dengan menekan tombol kongsi untuk mendapatkan pautan video tersebut. Setelah itu, pautan tersebut akan ditampal ke website 320ytmp3.com untuk mengubah fail tersebut ke bentuk mp3. Setelah itu fail tersebut akan tersedia untuk dimuat turun.

Dengan video ini, komuniti setempat dapat diberi tunjuk ajar supaya dapat memudahkan kerja mereka dalam melakukan tugasan agar sejajar dengan matlamat PEDi iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali