Kursus Latihan Pengendali Makanan Sesi 3/2022

25 September 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 24 September 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Spaoh. Kursus ini merupakan kolaborasi PEDi Spaoh bersama NZ Bunga Venture Training & Consultant yang diadakan secara dalam talian dan menarik minat 16 penduduk sekitar Spaoh. Kebanyakkan yang hadir adalah usahawan sekitar kampung Spaoh.

Tujuan utama kursus tersebut dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang kaedah pengendalian makanan yang betul dan selamat terutamanya kepada pengusaha makanan sekitar Spaoh. Kursus ini merupakan sesi ketiga yang telah dijalankan pada tahun ini. Kursus ini meliputi empat bahagian utama; iaitu pengenalan, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan.Di penghujung kursus, peserta telah diberikan kuiz dan setiap pemarkahan akan diambil kira untuk melayakkan mereka memperolehi sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini telah berjalan dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali