Jom Isi SPA dan Sarawak e-Recruitment!

24 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan program ‘Jom Isi SPA/Sarawak e-recruitment!’. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Rabu (20 April 2022) sehingga Jumaat (22 April 2022).

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk membantu pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM mencari peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh platform SPA dan Sarawak e-recruitment. Selain itu juga, dengan adanya program sebegini dapat memberi pendedahan yang lebih meluas kepada penduduk di kampung Spaoh untuk berusaha mencari peluang pekerjaan yang telah tersedia ada.

Program ini telah dihadiri oleh seorang pelajar lepasan STPM. Diharap dengan adanya program sebegini dapat membantu para pelajar mencari peluang pekerjaan yang meluas di luar sana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali