Advokasi Dadah Pemusnah Negara

23 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis bersamaan 22 Disember 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah mengadakan kelas advokasi Dadah Pemusnah Negara. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan dengan dadah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang pelajar dari SK Spaoh yang berumur 11 tahun. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam 30 minit.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagihan dan akan terus bengantung kepadanya.

Antara maklumat yang terdapat dalam video tersebut adalah:

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas tersebut dapat membantu masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut dan cakna akan implikasi apabila terjerumus dalam masalah penyalahgunaan dadah. Anak-anak perlu dilentur sejak kecil lagi kesan negatif dadah agar mereka sedar dan boleh mengelakkan diri mereka daripada mengambil dadah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali