Video Advokasi Katakan Tidak Pada Dadah

20 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu bersamaan 19 Oktober 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah menyediakan video advokasi Katakan Tidak Pada Dadah. Video tersebut telah dihantar ke platform media PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan bahan kimia yang digunakan secara meluas dalam dunia perubatan masa kini. Malah, penggunaan dadah dalam bidang perubatan, disebut sebagai dadah farmaseutikal, telah membantu merawat, menyembuhkan, mencegah, dan mendiagnosis pelbagai jenis penyakit. Namun, ramai yang telah menyalahgunakan dadah sehingga menyebabkan mereka menjadi ketagih kepada dadah.

Antara maklumat yang terdapat dalam video tersebut adalah:

Masyarakat harus didedahkan dengan bahaya yang datang dengan penyalahgunaan dadah kerana sekali terjebak, amat sukar untuk keluar dari kancah dadah. Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut dapat membantu masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut dan cakna akan bahayanya penyalahgunaan dadah terhadap individu, keluarga dan masyarakat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali