Pertandingan Kuiz Kemerdekaan

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 20 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan “Pertandingan Kuiz Kemerdekaan’ sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan tersebut dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Para pelajar akan berusaha untuk mengingati semula sejarah-sejarah kemerdekaan negara. Kuiz tersebut merangkumi 25 soalan dan para pelajar perlu menjawab soalan kuiz tersebut melalui aplikasi Quizziz. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 11 pagi.

Pertandingan tersebut memberikan memberikan beberapa kesan positif kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana, para pelajar perlu mengingati sejarah-sejarah terdahulu untuk membolehkan mereka menjawab soalan-soalan yang disediakan. Hal ini memerlukan mereka untuk mengulangkaji pelajaran terlebih dahulu. Pertandingan tersebut dimenangi oleh Nurin Syafiqah binti Azman yang merupakan pelajar tahun 6 SK Spaoh.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya pertandingan sebegini dapat menyuntik semangat cinta akan negara dalam sanubari mereka sejak di bangku sekolah rendah lagi. Cinta akan negara akan buat kita sanggup berkorban apa sahaja untuk negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali