Jom Belajar Canva 1.0

21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 20 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas ICT bersemuka untuk belajar asas aplikasi Canva. Tujuan utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan asas utama dalam aplikasi Canva. Kelas ICT tersebut telah dihadiri 8 orang pelajar yang terdiri daripada 6 orang sekolah rendah dan 2 orang sekolah menengah.

Canva adalah satu lagi alat grafik dalam talian freemium yang sangat mudah digunakan dan menawarkan banyak template yang dapat membantu sesiapa sahaja. Ia semestinya cara yang cepat dan mudah untuk membuat visual dan membantu mereka yang tidak mahir dalam keajaiban reka bentuk grafik

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas tersebut para pelajar dapat menggunakan aplikasi Canva yang mana memberik banyak kebaikan kepada setiap pengguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali