Cara Mudah Buat Poster Menggunakan Microsoft PowerPoint

1 November 2022 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 31 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah menyediakan video ICT yang berjudul Microsoft PowerPoint: Cara Mudah Buat Poster Menggunakan PowerPoint. Tujuan video ini dihasilkan adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat cara mudah untuk menghasilkan poster hanya menggunakan Microsoft PowerPoint.

Terdapat pelbagai software di luar sana yang boleh membantu masyrakat di dalam kerja kerja membuat poster ini. Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa dengan menggunakan Microsoft Powerpoint kita boleh menghasilkan poster atau banner yang tidak kurang hebatnya jika dimanfaatkan segala fungsi yang ada. Biasanya kita menggunakan Powerpoint untuk membuat perbentangan, tetapi sebenarnya ia juga boleh membuat banner ataupun poster

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan terhasilnya video tersebut mampu membantu masyrakat terutamanya para pelajar dalam menghasilkan poster yang menarik hanya menggunakan Microsoft PowerPoint

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali