Tayangan Filem Patriotik: Mat Kilau

18 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu bersamaan 17 September 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah mengadakan tayangan filem patriotik yang berjudul Mat Kilau. Tujuan tayangan filem patriotik ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan para pelajar. Tayangan filem patriotik ini diadakan pada pukul 11 pagi sehingga pukul 1 petang.

Antara impak yang lebih penting daripada filem Mat Kilau ini ialah berjaya membangkit kembali semangat kepahlawanan pahlawan Melayu dalam usaha membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Mesej yang dibawa dalam filem Mat Kilau membawa makna yang besar tentang kesusahan para pejuang kemerdekaan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Generasi hari ini harus sedar bahawa hasil perjuangan daripada generasi terdahulu seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Hj Abdul Rahman Limbong dan lain-lain, telah memberi tekanan kepada pihak penjajah secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha membebaskan tanah air apabila tentangan mereka berjaya membangkit kesedaran dalam kalangan orang ramai.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya tayangan filem patriotik ini mampu untuk membentuk semangat patriotik yang utuh dalam kalangan masyarakat khususnya para pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali