Mari Belajar Microsoft Powerpoint

19 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 18 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah menyediakan video berkenaan Microsoft Powerpoint. Video berdurasi 2 minit tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat terutamanya para pelajar berkaitan ilmu Microsoft PowerPoint.

Microsoft PowerPoint merupakan salah satu perisian multimedia yang digunakan untuk membangunkan suatu bahan persembahan yang terdiri daripada teks, imej, grafik, animasi, audio, video atau carta. Perisian ini membantu dalam menyusun sebuah persembahan yang efektif, professional, dan juga mudah.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut dapat membantu para pelajar yang ingin menghasilkan slaid pembentangan yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali