Advokasi: Buli Siber

15 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 14 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah menyediakan video mengenai buli siber.

Tujuan utama video ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang buli siber. Masyarakat kini perlu tahu definisi buli siber agar mereka tidak terjebak dengan perbuatan yang memberi kesan buruk kepada mangsa ini.

Antara pengisian video ini ialah definisi buli siber dan perbuatan serta contoh buli siber. Komuniti juga didedahkan dengan cara untuk mencegah agar tidak menjadi mangsa buli siber. Dalam video tersebut juga, terdapat perkongsian mengenai langkah-langkah untuk menangani buli siber.

Dengan video ini, komuniti setempat dapat diberi pendedahan mengenai fakta-fakta penting buli siber. Komuniti perlu didedahkan tentang impak buli siber terutamanya kepada mangsa agar mereka tidak terjebak dengan perbuatang yang boleh membawa padah ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali