Microsoft Word (Menaip Laporan)

15 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Khamis bersamaan 14 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas Microsoft Word secara bersemuka. Cikgu Fatimah@Mariam, seorang pesara guru telah mengikuti kelas ini pada pukul 3 petang hingga 4:30 petang.

Cikgu Fatimah telah berdaftar sebagai ahli PEDi Spaoh dan beliau telah memanfaatkan penggunaan komputer untuk menaip laporan persatuan beliau. Petugas PEDi Spaoh telah memberi sedikit tunjuk ajar kepada Cikgu Fatimah mengenai fungsi-fungsi yang terdapat pada Microssoft Word kerana beliau telah mempunyai asas menaip dan cuma memerlukan sedikit bantuan daripada petugas PEDi Spaoh.

Pihak PEDi Spaoh amat menggalakkan ahli-ahli yang telah berdaftar untuk berkunjung ke PEDi Spaoh dan menyertai kelas-kelas percuma yang diadakan pada setiap bulan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali