Tutorial Memuat Naik Video dari Youtube

17 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 16 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah menyediakan video tutorial cara memuat naik video dari youtube.

Tujuan utama video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dan cara mudah untuk memuat naik video dari youtube.

Antara pengisian video ialah menggunakan website savefrom.net secara atas talian untuk memuat naik video tersebut. Link yang terdapat pada Youtube akan di salin dan di tampal ke website savefrom.net. Setelah itu video tersebut sedia untuk di muat turun.

Dengan tutorial ini, komuniti setempat dapat diberi tunjuk ajar dan pendedahan agar sejajar dengan matlamat PEDi iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali