Pertandingan Jigsaw Puzzle Bendera Malaysia

14 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 13 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan ‘Pertandingan Jigsaw Puzzle Bendera Malaysia’ sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan tersebut dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari.

Pertandingan tersebut memberikan satu ruang dan peluang kepada para pelajar untuk berfikir aras tinggi. Hal ini demikian kerana, Jigsaw Puzzle tersebut memerlukan kepantasan untuk berfikir sekaligus menyusun bendera tersebut dengan sebetulnya. Pelajar yang mengambil masa yang singkat untuk menyusun puzzle tersebut dikira sebagai pemenang pertandingan tersebut. Pemenang untuk pertandingan tersebut ialah Noor Rohani Natasya yang berumur 11 tahun.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya pertandingan sebegini dapat menyuntik semangat cinta akan negara dalam sanubari mereka sejak di bangku sekolah rendah lagi. Cinta akan negara akan buat kita sanggup berkorban apa sahaja untuk negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali