Perkongsian Mengenai Apa itu Network

22 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 21 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan perkongsian secara atas talian mengenai apa itu network. Perkongsian tersebut telah berjalan selama satu jam, bermula pada pukul 2.30 sehingga 3.30 petang menggunakan platform Google Meet. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang pengetahuan umum berkaitan rangkaian. Perkongsian tersebut merangkumi tiga bahagian iaitu liputan rangkaian, rekabentuk rangkaian dan topologi. Antara pengisian lain semasa kelas ialah memperkenalkan maksud beberapa terma penting berkaitan rangkaian. Terdapat juga cara-cara menyambung rangkaian pada peranti, iaitu secara berwayar atau secara Bluetooth. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak komuniti dapat mengumpul sedikit pengetahuan am berkenaan network atau rangkaian di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali