Program Perkongsian Mengenai Apa Itu ICT

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 26 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Program perkongsian bersama-sama wakil dari PIK Tebeluk dan PIK Bawang Assan bertempat di Zoom Meeting. Tujuan utama program ini adalah untuk berkongsi apa itu ICT serta impak-impak yang diperolehi dalam pengunaan ICT. Antara pengisian program ini ialah sesi perkenalan antara PIK. Setelah itu PIK Spaoh telah berkongsi beberapa slide untuk membentangkan tentang apa itu ICT serta perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT. Terdapat juga perkongsian mengenai perkakasan komputer, fungsi ICT malah juga membincangkan kesan positif dan negatif terhadap penggunaan ICT. Dengan progran ini, Pihak PIK dapat mengetahui serba sedikit mengenai ICT sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali