Video Entrepreneurship

24 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 23 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengedit 2 video yang menunjukkan usahawan yang ada di kampung Spaoh. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan usahawan dan produk yang mereka jual kepada orang ramai. Antara pengisian video ini ialah menerangkan nama pengusaha, produk-produk yang mereka jualkan contohnya makanan dan produk kecantikan serta bagimana untuk menghubungi mereka. Dengan video ini, Pihak PIK dapat membantu usahawan tersebut memperkenalkan produk yang mereka jual seterusnya membantu mereka untuk mendapat lebih ramai pelanggan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali