Tutorial Berkongsi Dokumen Dan Fail Dalam Aplikasi Dropbox

16 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 15 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah menyediakan tutorial bagaimana untuk berkongsi dokumen dan fail dalam aplikasi Dropbox yang telah dimuatnaik dalam Facebook.Tujuan utama tutorial ini adalah untuk memberi pendedahan serta menunjukkan cara-cara bagi memudahkan komuniti untuk dijadikan sebagai rujukan. Antara pengisian tutorial ialah cara berkongsi fail dan dokumen. Komuniti akan diberi tunjuk ajar bagaimana berkongsi fail dan dokumen langkah demi langkah.

Cara pertama adalah menekan tanda titik tiga pada sebelah kanan dokumen atau fail tersebut kemudian menekan tombol share. Setelah itu, akan ditunjukkan juga bagaimana untuk mencari rakan-rakan yang ingin kita berkongsi maklumat. Rakan-rakan tersebut akan menerima emel sebagai tanda mereka sudah menerima fail atau dokumen yang telah kita kongsikan. Dengan tutorial ini, komuniti setempat dapat diberi tunjuk ajar dan pendedahan tentang pengunaan aplikasi Drobpox agar sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali