Program Perkongsian Mengenai Komputer

28 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 27 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Program perkongsian bersama-sama wakil dari PIK Tebelu dan PIK Bawang Assan bertempat di Zoom Meeting. Tujuan utama program ini adalah untuk berkongsi tentang asas kepada komputer. Antara pengisian program ini ialah membincangkan apa itu komputer dan komponen yang terdapat pada komputer.

Selain itu PIK Bawang Assan berkongsi mengenai jenis-jenis web browser salah satunya ialah Chrome. Dengan progran ini, Pihak PIK dapat mengetahui serba sedikit mengenai komputer agar sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali