Kelas E-Learning (Ulangkaji Matapelajaran Sains Sekolah Menengah)

9 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 8 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu ‘Ulangkaji Matapelajaran Sains Sekolah Menengah” yang bermula pada jam 3:00 petang hingga 3:30 petang. Kelas ini telah disertai oleh pelajar sekolah menengah Spaoh. Tujuan utama kelas ini untuk mengajar para peserta untuk mengulangkaji salah satu subjek penting di sekolah menengah iaitu subjek sains. Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan.

Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Peserta mengulangkaji pelajaran dengan menonton video yang terdapat dalam internet seperti Interaksi Antara Haiwan, Proses Perkumuhan, Mikroorganisma, Sistem Penyahtijaan dan Kepentingan Sistem Rangka Manusia. Majoriti video yang ditayangkan adalah berdurasi sekitar bawah 4 minit bagi memudahkan peserta untuk faham dan oleh sebab kekangan masa yang dihadapi.

Semua video adalah dalam bentuk infografik yang mudah difahami oleh peserta. Setelah semua video telah disajikan, setiap peserta hendaklah menjawab kuiz ringkas 10 kuzi yang telah disediakan dalam masa 10 minit bagi menguji kefahaman peserta terhadap kelas yang telah diadakan. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali