Kuiz Hari Malaysia 2021

13 September 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 12 September 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah menyediakan satu aktiviti sempena sambutan Hari Malaysia iaitu kuiz trivia secara atas talian. Kuiz trivia ini disediakan menggunakan laman web Quiz Maker. Kuiz ini bertujuan untuk menguji sejauh mana pengetahuan komuniti tentang negara mereka sendiri iaitu Malaysia, sekaligus membangkitkan rasa cinta kepada negara. Terdapat sepuluh soalan trivia mudah yang telah disediakan oleh pihak PIK Spaoh yang berkisar sejarah penubuhan Malaysia serta fakta menarik tentang negara kita. Kuiz santai ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Diharapkan melalui aktiviti ini, pihak PIK Spaoh dapat memberi serba sedikit informasi dan membantu komuniti setempat mengimbas sejarah penubuhan Malaysia serta menambah informasi dan memperoleh fakta menarik tentang Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali