Cara Mengubah Fail Gambar Ke Bentuk PDF

18 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 17 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah menyediakan video cara mengubah fail gambar ke bentuk PDF menggunakan website iLovePDF. Tujuan utama video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dan cara bagaimana mengubah fail gambar ke bentuk PDF dengan mudah supaya komuniti setempat mudah untuk memahami tutorial tersebut. Antara pengisian video ialah menggunakan website iLovePDF secara atas talian.

Seterusnya adalah dengan memilih gambar yang hendak diubah. akhir sekali muat turun fail tersebut untuk rujukan dan simpanan. Dengan tutorial ini, komuniti setempat dapat diberi tunjuk ajar dan pendedahan agar sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali