Cara Memuat Naik & Kongsi Pautan Google Drive

26 November 2021 | Aktiviti Terkini

Khamis bersamaan 25 November 2021, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah menyediakan video tutorial tentang cara untuk memuat naik dan berkongsi pautan Google Drive. Tujuan utama video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dan cara untuk memuat naik dokumen ke Google Drive serta berkongsi pautan Google Drive. Antara pengisian video ialah langkah demi langkah yang perlu dilakukan untuk memuat naik dokumen atau fail ke Google Drive. Seterusnya, tutorial ini juga membimbing komuniti untuk berkongsi pautan Google Drive dengan menggunakan teknik ‘copy and paste’ agar mereka boleh berkongsi dokumen hanya melalui pautan yang telah dikongsikan. Dengan tutorial ini, komuniti setempat dapat diberi tunjuk ajar dan pendedahan agar sejajar dengan matlamat Pusat Ekonomi Digital iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali