Kelas Ms Powerpoint (Asas Slide Persembahan)

8 April 2021 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 7 April 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas Ms Powerpoint iaitu asas penggunaan serta cara mengedit slide bersama pelajar sekolah rendah dan menengah bermula pada jam 3:00 sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Ms Powerpoint dan cara mengedit slide persembahan. Selain itu kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan baru kepada peserta yang belum pernah menggunakan aplikasi Ms Powerpoint.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat tentang cara menggunakan Ms Powerpoint termasuklah mengenali template yang sesuai, mengenali setiap tab dan ribbon, cara mengedit slide termasuklah pemilihan font, serta membuat tajuk untuk slide pertama. Selain itu, petugas mengajar peserta cara mengambil gambar secara online menggunakan enjin carian google. Gambar yang telah disimpan digunakan untuk mengedit slide seterusnya dan tugasan yang telah siap disimpan mengikut nama peserta masing-masing (rename file).

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali