Aktiviti E-Learning (Make Your Own Logo)

8 April 2021 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 7 April 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan aktiviti e-learning iaitu cara membuat logo mudah menggunakan aplikasi online Make Your Own Logo bersama pelajar sekolah rendah dan menengah bermula pada jam 3:30 sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kelebihan mencipta logo untuk perniagaan dan branding produk. Selain itu,kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang cara membuat logo menggunakan aplikasi secara atas talian.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat tentang kepentingan membuat logo dan kelebihan memiliki logo untuk perniagaan. Selain itu, logo juga penting dalam setiap sektor yang melibatkan organisasi termasuklah sekolah dan syarikat. Untuk pengenalan petugas mengajar peserta cara memilih karakter/bentuk yang sesuai untuk logo yang akan dicipta. Kemudian peserta diminta mencipta satu nama untuk logo yang telah disiapkan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali