Mencantum Dokumen dalam satu Fail (PDF)

26 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 25 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh telah berkongsi video tutorial cara mencantum satu dokumen dalam satu fail dalam bentuk PDF yang dikongsi di Facebook dan Instagram.

Tujuan utama video tutorial ini adalah untuk memberi pendedahan serta cara-cara mudah untuk mencantumkan dokumen dalam satu fail secara atas talian.

Antara pengisianvideo ini ialah memberi tunjuk ajar dan cara-cara untuk mencantumkan dokumen. Video ini menunjukkan satu persatu cara agar penonton mudah memahami dan diberi keterangan untuk setiap bahagian yang perlu dipilih untuk membuat penyamtuman fail tersebut.

Dengan video ini, Diharapkan agar dapat memberi pendedahan dan memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara mudah untuk mencantumkan dokumen dalam satu fail yang berbentuk PDF sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali