Teka Silang Kata Merdeka 2021

27 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Khamis bersamaan 26 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah menyediakan satu aktiviti sempena bulan kemerdekaan iaitu teka silang kata secara atas talian. Teka silang kata ini disediakan menggunakan laman web Puzzel.org.

Kuiz ini bertujuan untuk menguji pengetahuan komuniti tentang sejarah kemerdekaan sekaligus menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Terdapat sepuluh soalan mudah yang telah disediakan oleh pihak PIK Spaoh yang berkisar tentang sejarah kemerdekaan dan juga tokoh pejuang kemerdekaan. Teka silang kata ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Diharapkan melalui aktiviti ini, pihak PIK Spaoh dapat memberi serba sedikit informasi dan membantu komuniti setempat mengingati sejarah serta jasa tokoh pejuang kemerdekaan negara dalam membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali