Kelas Softskill (Kerja Berkumpulan/ Berpasukan)

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 24 April 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas Softskill yang bertajuk kerja berkumpulan atau berpasukan bersama beberapa orang pelajar sekolah rendah dan menengah bermula pada jam 2:30 sehingga 3:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kelebihan dan kepentingan memahami etika bekerja secara berpasukan di dalam sebuah organisasi.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat tentang maksud beserta contoh cara bekerja secara berpasukan/berkumpulan. Peserta hendaklah memahami maksud berkerja secara berpasukan di mana setiap ahli bekerjasama menyiapkan suatu tugasan yang dipikul sama seperti kerja berkumpulan di mana setiap ahli memiliki peranan masing-masing untuk mencapai matlamat tugasan yang dipertanggunjawabkan. Selain itu, peserta juga didedahkan tentang kelebihan bekerja secara berpasukan serta kelemahannya. Untuk sesi soal jawab, petugas berbincang bersama peserta adakah mereka memilih untuk bekerja secara berpasukan atau lebih gemar menyiapkan tugasan secara individu.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali