Cara Membuat Jadual Pada Microsoft Excel

20 September 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 19 September 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah memuatnaik video tutorial cara membuat jadual pada Microsoft Excel.

Tujuan utama tutorial ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara-cara mudah untuk membuat jadual pada Microsoft Excel.

Antara pengisian turorial ini adalah cara-cara yang mudah difahami untuk komuniti setempat fahami iaitu dengan cara menggunakan All Border ataupun dengan menggunakan kaedah shortcut pada papan kekunci.

Dengan tutorial ini, sedikit sebanyak komuniti dapat mengumpul sedikit pengetahuan am berkenaan Microsoft Excel untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali