Kuiz Interaktif Sempena Bulan Kemerdekaan ke-64

23 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 22 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah membuat kuiz yang berbentuk interaktif menggunakan Quizizz.

Kuiz ini bertujuan untuk menguji komuniti tentang kemerdekaan sekaligus menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.

Kuiz ini terdapat 10 soalan yang mudah di samping terdapat animasi yang menarik seperti muzik, animasi kartoon dan peserta juga dapat mengetahui jika jawapan tersebut adalah betul atau salah. Terdapat juga kedudukan peserta dengan jumlah soalan yang betul.

Dengan kuiz ini, diharapkan dapat memberi serba sedikit informasi kepada komuniti setempat tentang Hari Kemerdekaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali