Aktiviti E-Learning (Kuiz Bahasa Inggeris)

22 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Khamis bersamaan 21 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan aktiviti E-Learning iaitu tips kuasai bahasa inggeris beserta kuiz online bersama pelajar sekolah rendah dan menengah bermula pada jam 3:30 sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tips kuasai bahasa inggeris dan sesi pembelajaran dengan menjawab beberapa soalan kuiz secara online. Selain untuk menambah ilmu pengetahuan,aktiviti ini juga dapat mengisi masa lapang pelajar dengan lebih berfaedah pada musim pkp ini.

Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit taklimat berkenaan cara menguasai bahasa inggeris. Antara tips yang ditekankan semasa taklimat ialah rasa yakin untuk bercakap dalam bahasa inggeris, berkomunikasi dengan rakan-rakan di media sosial dalam bahasa inggeris, menonton rancangan tv,filem dan muzik English serta sentiasa membuat latih tubi. Petugas juga menyarankan agar pelajar menggunakan bahasa English untuk penggunaan gadjet / telefon pintar agar dapat membiasakan diri dengan perkataan bahasa inggeris. Sesi taklimat diakhiri dengan sesi menjawab soalan kuiz bahasa inggeris secara online.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali