Cara membuat Sijil menggunakan Canva.com

23 November 2021 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 22 November 2021, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah menyediakan video tutorial cara membuat sijil menggunakan website Canva.com.

Tujuan utama video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dan cara bagaimana membuat sijil dengan mudah di Canva.com.

Antara pengisian video ialah menggunakan website Canva.com secara atas talian. Seterusnya adalah dengan memilih templat sijil untuk di edit. Setelah itu, fail tersebut akan disimpan dan dimuat turun untuk di cetak.

Dengan tutorial ini, komuniti setempat dapat diberi tunjuk ajar dan pendedahan agar sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali