Kelas ICT (Pengenalan kepada Network Bahagian 2)

20 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 19 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Pengenalan kepada Network Bahagian 1’ yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. Kelas ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah kampung Spaoh.

Tujuan utama kelas ini untuk mengajar para peserta yang baru dan ingin belajar ilmu asas ICT seperti tajuk kelas pada kali ini iaitu Pengenalan kepada Network Bahagian 2.

Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan. Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Kelas pada kali ini merupakan kelas bersiri dan ini merupakan bahagian 2 kelas kerana masa yang tidak mencukupi untuk mengajar penuh satu bahagian unit pembelajaran. Antara isi penting yang diajar ialah topologi fizikal network, sambungan network dan protocol komunikasi. Peserta awalnya diterangkan berkenaan asas network berwayar seperti penggunaan adapter Ethernet, hub network, network switch dan router network serta sedikit pendedahan kepada perbandingan antara kabel jenis kuprum dan kabel jenis optic fiber. Antara topologi fizikal network yang selalu digunakan ialah bentuk bintang, bentuk cincin, bus serta bentuk pokok. Sambungan network pula merujuk kepada channel komunikasi yang melibatkan frequensi untuk transmisi signal seperti jalur lebar. Selain itu, peserta dijelaskan mengenai protocol komunikasi iaitu cara data yang dalam bentuk packet dipindah daripada satu peralatan elektronik ke peralatan elektronik yang lain. Peserta turut diterangkan sedikit mengenai teknologi WIFI seperti sistem kawalan serta cara setups wireless network dan juga mengenai teknologi Bluetooth.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali