Tukar Background Google Homepage

21 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 20 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh telah berkongsi tentang cara menukar latar belakang laman utama enjin carian Google yang dikongsi di Facebook dan Instagram.

Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara untuk suaikan laman utama enjin carian Google mereka.

Antara yang dikongsikan adalah cara menukar latar belakang laman utama enjin carian Google langkah demi langkah agar lebih mudah difahami. Komuniti diajar untuk mengikut tiga langkah mudah untuk suaikan laman utama enjin carian Google.

Dengan perkongsian ini, diharapkan agar dapat memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada komuniti cara mudah untuk suaikan laman utama enjin carian Google sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali