Kelas Asas ICT (Pengenalan Komputer)

18 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 17 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas asas ICT yang bertajuk Pengenalan Komputer bersama pelajar sekolah rendah dan menengah bermula pada jam 3:00 sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang maksud komputer, jenis komputer, dan asas kegunaan komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat pendek berkenaan komputer. Petugas menjelaskan tentang perihal komputer termasuklah maksud komputer, contoh jenis komputer dan kegunaan komputer. Kelas diakhiri dengan sesi soal jawab di mana peserta dikehendaki menjawab 3 soalan berkaitan komputer.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali