Muat Naik Gambar Ke Instagram Menggunakan Laptop

16 September 2021 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 15 September 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh telah berkongsi tentang langkah-langkah untuk memuat naik gambar ke Instagram melalui laptop yang dikongsi di Facebook dan Instagram.

Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara untuk memuat naik gambar ke Instagram menggunakan laptop mereka.

Antara yang dikongsikan adalah cara memuat naik gambar ke Instagram menggunakan laptop langkah demi langkah agar lebih mudah difahami. Komuniti diajar untuk menukar settings agar dapat menambah butang “+” untuk memuat naik gambar di Instagram.

Dengan perkongsian ini, diharapkan agar dapat memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada komuniti cara untuk memuat naik gambar ke Instagram menggunakan laptop sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali