Kelas Ms Word (Sesi Ulang Kaji Dan Cara Membuat Jadual)

20 September 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 19 September 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas Ms Word bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara asas penggunaan program Ms Word dan juga sesi ulang kaji pembelajaran sebelumnya. Antara pengisian kelas tersebut ialah taklimat tentang fungsi asas setiap button yang terdapat pada ribbon “home”.

Petugas menerangkan kembali cara-cara memilih font,size font,color,highlight perlu atau sebaliknya dan penggunaan alignment yang sesuai sebelum memulakan penulisan. Kemudian, diiringi dengan sesi pembelajaran iaitu menaip tajuk dan membuat jadual senarai barangan yang ingin dibeli di pasar raya. Peserta membuat senarai barangan yang hendak dibeli secara terperinci dengan harga serta membuat kiraan secara manual untuk setiap nilai barang. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali