Siri 1 Ulangkaji Ms Word

9 November 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 8 November 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas ulangkai Ms Word bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word dan sesi mengimbas kembali pembelajaran pada kelas sebelumnya. Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Word.

Petugas menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan penggunaan setiap button pada ribbon home termasuklah pemilihan font,size,warna dan penggunaan bold,italic dan underline. Selain dari itu, peserta diterangkan tentang cara memasukkan shape dan mengedit shape dan seterusnya cara menyimpan document dalam format word dan pdf serta perbezaan kedua-dua format yang digunakan. Untuk sesi ulangkaji pada kali ini, peserta diberikan tugasan untuk menyiapkan biodata diri dan menyimpan document tersebut dalam bentuk pdf. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali