Kelas Microsoft Office Word (Menaip Surat Kiriman Tidak Rasmi)

5 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 4 Januari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word iaitu “Menaip Surat Kiriman Tidak Rasmi” yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara dan format yang betul dalam menaip surat kiriman tidak rasmi menggunakan program Ms Word.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan mengenai format dan penggunaan ayat yang betul dalam menaip dan menyediakan surat kiriman tidak rasmi serta kegunaan surat ini disediakan. Selepas semuanya dijelaskan, peserta kemudiannya diajar cara menaip surat kiriman tidak rasmi menggunakan Ms Word mengikut format dan contoh yang telah diberikan. Setiap peserta perlu menyiapkan satu surat kiriman tidak rasmi yang lengkap mengikut masa yang telah ditetapkan. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali