TTT StreamYard Live Streaming Studio (Assistant Manager)

10 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 9 Ogos 2020, semua penolong pengurus pusat internet di bawah kelolaan Maxis telah menghadiri kursus secara atas talian iaitu ‘TTT StreamYard Live Streaming Studio’. Kursus ini bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Kursus yang dihadiri oleh semua pengurus pusat internet ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Tujuan utama kursus ini diadakan memberi pendedahan kepada staff Pusat Internet tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu StreamYard Live Streaming Studio.

Antara pengisian semasa kursus diadakan ialah taklimat pengenalan mengenai aplikasi video stream yard live streaming serta tujuan kursus diadakan. Petugas juga turut memberi penjelasan tentang objektik dan matlamat program tersebut diadakan. Program diteruskan dengan memberi panduan kepada staf tentang cara-cara mengajar secara streaming dengan menggunakan aplikasi streamyard.

Terdapat 9 langkah-langkah penggunaan streamyard yang telah diterangkan semasa program iaitu cara membuka laman web streamyard, diikuti dengan pendaftaran, cara menghubungkan facebook page dan lain-lain, memulakan broadcast dan streaming, membuat penjadualan untuk jangka masa siaran langsung,membuat thumbnail untuk iklan secara langsung, pengaktifan mikrofon dan kamera, menghubungkn studio siaran langsung dengan pilihan skrin,cara membuat tayangan komen dan banner di skrin, membuat live dan menguruskan dashboard studio. Setiap langkah dijelaskan secara terperinci dan staf digalakkan untuk mencuba sendiri aplikasi tersebut untuk pemahaman dan kegunaan pada masa hadapan. Sebelum aktiviti dan taklimat bersurai, petugas sekali lagi memberi rumusan untuk semua aktiviti yang telah dijalankan semasa program tersebut. Dengan ada kursus sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan kepada semua peserta bagi membantu menaikkan lagi mutu pengajaran dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali