Kelas Softskill (Kemahiran Kerja Berpasukan)

11 November 2020 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 10 November 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas Softskill iaitu ‘Kemahiran Kerja Berpasukan’ yang bermula pada jam 4.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar daripada sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk meningatkan semula dan merupakan kelas ulangan kepada peserta yang sebelum pernah mengikuti kelas yang sama. Peserta diajar konsep ketiga dalam kemahiran insaniah iaitu Kemahiran Kerja Berpasukan.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas kehadiran semua peserta diambil dan memastikan semua peserta mematuhi SOP memasuki PIK Spaoh sepanjang tempoh PKPP ini seperti menggunakan topeng muka dan sentiasa menjaga jarak fizikal serta kerap mencuci tangan. Setelah itu, kelas dimulakan dengan penerangan kepada maksud dan definisi kepada kerja berpasukan iaitu cara kita semua berkerjasama dalam satu pasukan/ kumpulan. Pasukan dibentuk oleh 2 atau lebih ahli kumpulan di mana ia dibentuk berdasarkan perbincangan bersama, setia ahli kumpulan adalah penting, sikap mempercayai dan menghormati ahli kumpulan serta bebas menggunakan kreativiti setap ahli kumpulan. Selain itu, peserta dijelaskan ciri-ciri dalam sebuah pasukan/ kumpulan iaitu mempunyai ketua sebagai ketu fasilitator atau pembimbing, keputusan dibuat berdasarkan persetujuan ramai, matlamat ditentukan oleh pasukan, pasukan merancang kerja bersama, komunikasi dua hala harus terbuka dan hasil kerja adalah daripada kerjasama berpasukan.

Antara nilai yang wajib ada dalam sebuah pasukan/ kumpulan ialah bertolak ansur, mempunyai matlamat yang sama, tanggungjawab bersama, berkongsi idea dan saling mempercayai. Di samping itu, peserta diterangkan kebaikan dan faedah kerja berpasukan iaitu dapat meningkatkan motivasi dan minat terhadap sesuatu pekerjaan, memberi keyakinan dalam diri pekerja terhadap potensi dalam diri mereka serta mendorong sikap ingin bekerjasama dan saling bantu-membantu menyiapkan sesuatu tugasan. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali