Kelas E-Learning (Kuiz Kemerdekaan)

30 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 29 Ogos 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu ‘Kemerdekaan Kemerdekaan’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar daripada sekolah menengah dan seorang peserta daripada golongan belia.

Tujuan utama kelas ini diadakan kerana ia merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan oleh Pusat Internet seluruh Malaysia di mana setiap kali bulan kemerdekaan Pusat Internet akan mengadakan pelbagai aktiviti sebagai tanda menghayati dan menhargai bulan kemerdekaan. Pada tahun ini, antara aktiviti yang diadakan ialah menjawab soalan-soalan berkaitan kemerdekaan Malaysia bagi menguji pengetahuan peserta mengenai kemerdekaan negara. Antara pengisian semasa kelas, peserta diberi penerangan mengenai kelas yang akan diadakan iaitu menjawab kuiz berkaitan kemerdekaan negara Malaysia. Tahun ini negara kita menggunakan cogan kata ‘Malaysia Prihatin’.

Kuiz yang akan diberikan adalah terdapat dalam laman web Quizizz. Oleh itu, setiap peserta akan diberikan tunjuk ajar cara menggunakan laman web tersebut untuk menjawab soalan kuiz nanti. Setelah semua peserta faham cara untuk menggunakan laman web tersebut, peserta akan diberikan soalan kuiz dan masa yang diperlukan untuk semua peserta menyiapkan dan habis menjawab semua soalan kuiz tersebut ialah 1 jam. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali