Kelas Ms Paint (Mewarna Poster Kemerdekaan)

16 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 15 Ogos 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar daripada sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Paint iaitu cara mewarna menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, petugas juga ingin memberi pengetahuan kepada peserta baru yang belum pernah mengikuti kelas Ms Paint.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat tentang cara penggunaan Ms Paint. Kelas dimulai dengan memberi taklimat kepada peserta tentang cara menggunakan setiap button yang terdapat dalam aplikasi tersebut termasuklah fungsi-fungsi asas Ms Paint. Sempena sambutan bulan kemerdekaan, petugas meminta peserta untuk mewarna poster kemerdekaan. Kelas dimulai dengan mencari poster kemerdekaan yang sesuai menggunakan enjin carian Google. Kemudian peserta diminta membuka poster tersebut menggunakan Ms Paint dan memulakan sesi mewarna.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali