Siri 1 Ulangkaji Ms Powerpoint

7 November 2020 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 6 November 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas Powerpoint yang bermula pada jam 3.30 petang sehingga 4 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah disertai oleh 2 orang pelajar daripada sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah sesi ulang kaji tentang penggunaan asas Ms Powerpoint kepada peserta. Peserta diterangkan tentang perkara asas cara menggunakan setiap button yang terdapat dalam program Ms Powerpoint.

Antara pengisian kelas pada kali ini adalah peserta diterangkan tentang fungsi utama Ms Power Point iaitu sebuah aplikasi komputer yang biasa digunakan untuk membuat persembahan dokumen dalam bentuk slide. Untuk sesi pembelajaran pula, peserta diajar memasukkan slide, membuang (delete) slide mengedit latar belakang slide. Terlebih dahulu, peserta diminta mencari gambar yang menarik untuk digunakan pada sesi pembelajaran pada kali ini. Peserta juga diajar cara memasukkan gambar, memasukkan bentuk (shape),mengedit bentuk ,memasukkan text dan cara membuat link. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali