Kelas Ms Powerpoint (Asas)

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 11 Januari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Powerpoint bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Powerpoint. Selain sesi pembelajaran tentang cara-cara menggunakan Ms Powerpoint, peserta diminta menyiapkan tugasan iaitu menyediakan slide mengenai jenis-jenis komponen komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Powerpoint. Kemudian,peserta diminta membuat slide tentang jenis-jenis komponen komputer. Sepanjang kelas diadakan peserta diajar tentang cara menggunakan jenis-jenis slide,memasukkan slide,menggunakan template, memasukkan gambar dan mengedit gambar. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali