Kelas Asas ICT (Mengenal Komputer dan Fungsinya)

13 November 2020 | Aktiviti Terkini

Khamis bersamaan 12 November 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas basic ICT yang bertajuk mengenal komputer dan fungsinya bermula pada jam 3.00 petang hingga 3.30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar daripada sekolah rendah.Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas komputer serta komponen utamanya.

Antara pengisian semasa kelas ialah sesi taklimat tentang pengenalan komputer kepada peserta. Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menerima data, memproses data, menyimpan data dan menghasilkan output. Peserta juga diterangkan tentang jenis-jenis komputer yang digunakan pada masa kini. Kemudian peserta diterangkan tentang bahagian-bahagian penting sistem komputer serta fungsinya iaitu bahagian sistem unit, monitor, papan kekunci dan tetikus. Untuk sesi tugasan , peserta diminta melukis komputer serta melabel bahagian-bahagian penting komputer untuk tujuan pemahaman. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali