Kelas Asas ICT (Keyboard Shorcut)

24 Febuari 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 23 Febuari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu mengenai keyboard shortcut dan cara membuat folder. Kelas pada kali ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta dan diadakan di bilik latihan pusat internet Spaoh. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang keyboard shortcuts yang biasa digunakan dalam menggunakan komputer. Di samping itu peserta diterangkan tentang penggunaan folder dalam komputer dan cara untuk membuat folder serta menyimpan maklumat ke dalam folder yang disediakan.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan apa itu keyboard shortcuts dan jenis-jenis shortcuts yang biasa digunakan dalam komputer (CTRL+A, CTRL+B, CTRL+U, CTRL+X, CTRL+C, CTRL+V), penggunaan shift,caps lock dan button window pada desktop. Untuk menambahkan pemahaman, peserta diajar membuat folder dan menamakan folder tersebut mengikut isi kandungan folder. Tugasan peserta pada kali ini mengambil gambar dari internet dan menyimpan ke dalam folder yang telah disediakan pada desktop.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali